Jumaat, 27 April 2012


KUIH MUIH




KUIH SERI AYU

3 biji telur
 3/4 cawan gula ( blender halus)
 2 cawan tepung gandum
 3/4 cawan santan@ susu segar
 1 sudu kecil ovallete
 1 sudu kecil baking powder
 beberapa titik pewarna hijau
 ( nak letak pandan emulco atau esen pandan pun boleh)
 Untuk dasar kuih puteri ayu - sedikit kelapa parut yang dicampur dengan tepung sagu ( guna tepung gandum pun boleh) dan garam.
 Cara-cara
 1. Keluarkan telur dari peti ais dan biarkan pada suhu bilik, kemudian pukul telur hingga berbuih, kemudian baru masukkan gula, pukul hingga betul-betul kembang dan putih.
 2. Selepas itu masukkan tepung gandum dan santan berselang seli, kacau sebati. Biarkan adunan lebih kurang 20 minit sebelum di kukus.
 3. Sementara itu, tekan kelapa putih dalam acuan, mampatkan betul-betul ke dalam acuan, tuangkann adunan dan kukus lebih kurang 7 minit. -. pastikan acuan di sapu dengan minyak terlebih dahulu. -. Pastikan kelapa tu dimampatkan betul-betul ke dasar acuan, setelah siap dikukus terus keluarkan puteri ayu perlahan-lahan dari acuan.


sumber:www.jintanmanis.com.my





KUIH TALAM KELADI BERLAUK



Bahan A

2 cawan tepung beras

2 sudu besar tepung ubi

2 sudu besar tepung gandum

6 cawan santan [1 biji kelapa]

1sudu kecil garam



Bahan B
2 cawan ubi keladi [potong dadu, rebus dan toskan]
2 sudu besar udang kering
4 tangkai cili merah [cincang]
1 pokok daun bawang ]
1 pokok daun sup ] racik
2 sudu besar bawang goreng

Bahan C [hiasan]
3 tangkai cili merah [cincang]
1/2 cawan bawang goreng
1 pokok daun sup dan daun bawang [racik]

Cara
1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang 10 x 10 inci.
2. Campurkan semua bahan A dan tapiskan dalam mangkuk.
3. Masukkan bahan B dalam mangkuk dan gaulkan rata.
4. Tuangkan adunan perlahan-lahan dalam loyang yg telah diletakkan dalam kukusan.
5. Kukuskan adunan selama 30 minit.
6. Bila dah masak sejukkan beberapa jam.
7. Potong kuih dan taburkan bahan hiasan.
8. Hidangkan.

sumber:hanieliza cooking&citarasawan






DONUT


Bahan A

600 gm tepung gandum

100 gm tepung naik sendiri

100 gm gula

30 gm susu tepung

1 s/k garam

11 gm [ 1 paket] yis mauripan



Bahan B

1 biji telur [pukul sikit]

330 ml air suam

60 gm majerin

1 s/k bread softener



Bahan C [untuk goreng donut]

500 ml minyak

1 s/b majerin



Cara

1. Gaulkan semua bahan A supaya sama rata.

2. Masukkan pula bahan B dan kacau rata menggunak mesin selama 20 minit.

3. Perapkankan selama 1 jam atau sehinga naik sekali ganda.

4. Ambil adunan dan canaikan supaya rata. Terapkan dengan acuan donut.

5. Biarkan donut naik lagi selama 20 - 30 minit.

6. Panaskan bahan C dan masukkan donut . Perlahan api.
7. Goreng donut sehingga kuning keemasan.
8. Angkat dan golekkan dalam gula kastor. Hidangkan.



SUMBER:HANIELIZA COOKING





CUCUR BADAK

Bahan Inti

120 gm kelapa parut
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
3 sudu besar udang kering-rendam&toskan
3 sudu bsr cili kering blended
2 batang serai
1 sudu teh kunyit serbuk
1/2 sudu jintan manis
1/2 keping gula melaka-cincang halus
1 sudu bsr gula pasir
1 sudu teh garam
2 sudu bsr minyak masak

Cara-cara:

1.Tumbuk udang kering hingga halus
2.Kisar bwg putih,bwng merah,jintan manis,serbuk kunyit&sedikit air hingga halus
3.Panaskan minyak,tumis bhn2 kisar hingga naik bau,masukkan udang kering,kelapa
   parut,gula melaka&garam.Gaul rata&masak hingga hampir kering.

Bahan Doh:

500gm ubi keledek
180gm tepung gandum
1 1/2 sudu tepung ubi
1/2 sudu teh garam

Cara-cara:

1.rebus keledek hingga empuk.toskan&lenyek ketika masih panas hingga halus
2.masukkan tepung gandum,tepung ubi&garam dan uli hingga mjadi doh yg lembut
3.bentukkan doh mjadi leper&isikan dgn intinya.letakkan seekor udang diatas doh yg telah dibulatkan
4.panaskan minyak&goreng hingga keemasan.angkat & toskan


sumber:citarasawan.blogspot.com.my








KUIH TALAM BERAS GULA MERAH









Lapisan bawah
Bahan A
120gm tepung beras
40gm tepung hoen kwee
5ooml air
1sudu teh kapur


Bahan B
200gm gula merah
60gm gula pasir
125ml air
[jadikan 300ml sira gula]

Lapisan atas
3ooml santan pekat 
200ml air
60gm tepung beras
20gm tepung ubi
1sudu kecil garam

Loyang 8

Cara-cara;
1.Panaskan pengukus
2.Lapisan bawah,masak bahan B hingga larut,tapis&ketepikan.
3.Sebatikan bahan A hingga rata,masukan bahan B,sebatikan&tapis kedalam periuk.
Masak diatas api yg sederhana hingga berwap&nampak pekat.
4.Tuang adunan kedalam loyang yg telah dileser dgn minyak.Tutup loyang dgn aluminium
foil&kukus selama 30minit.
5.Lapisan atas:sebatikan semua bahan lapisan atas,tapis.Tuang atas lapisan bawah,
tutup loyang dgn aluminium foil&kukus selama 20minit.


sumber:citarasawan.blogspot.com.my



























Tiada ulasan:

Catat Ulasan